Hakekat Permulaan Semesta Alam


Permulaan Alam Dan Kedudukan Nama-nama Yang Indah Dalam Semesta Alam Keseluruhannya

Dalam sebab kepada permulaan dan peraturannya,
dan penghabisan pembentukan dan pengertiannya,
Dan perbezaan di antara anasir-anasir tinggi
dalam tempat asalnya dan pemerintahnya,
Bukti yang menunjukkan Pencipta menggubahkan semuanya melalui peraturan-Nya.

Ketinggian tempat dan kehebatan Syurga
Wali yang benar telah mengambil pengertian tentang permulaan alam dalam buku kami yang bertajuk, 'Anqa' Mughrib fi ma'rifa khatmi'l-awliya' wa shamsu'l-Maghrib dan dalam buku kami bertajuk Insha' ad-Dawa'ir yang sebahagiannya kami tulis di rumah sahabat kami yang mulia (Imam Abu Muhammad ÔAbdu'l-'Aziz al-Mahdawi al-Qurashi) sewaktu kami mengunjunginya dalam tahun 598, dalam perjalanan kami mengerjakan hajji. Khadamnya, 'Abdul-Jabbar (semoga Allah menaikkan darjatnya) menyalinkan untuk tuannya apa yang telah kami tuliskan. Saya telah pergi ke Makkah bersama-samanya dalam tahun itu untuk menyiapkannya di sana. Buku ini (Futuhat) telah menarik kami daripadanya dan daripada yang lain kerana kami diilhamkan untuk menuliskannya, tambahan pula ada saudara-saudara kami dan para fuqara' meminta kami melakukannya kerana mereka ingin menambahkan pengetahuan mereka dan juga untuk mendapatkan berkat Rumah Suci ini, tempat yang dirahmati, tempat yang membawa petunjuk dan tempat yang kedapatan padanya tanda-tanda yang jelas. Di tempat ini juga kami ingin mengenali seorang suci yang mulia, Abu Muhammad 'Abdul-'Aziz (al-Mahdawi al-Qurashi), dengan berkat yang diberikan Makkah, dan ia juga adalah cara ibadat terbaik dan tempat yang paling mulia di muka bumi. Barangkali semangat yang lahir daripada rasa kerinduan akan muncul dan keinginan untuk menambahkannya akan turun. Ia dibukakan kepada orang yang "diberikan segala perkataan" dan menyaksikan Tuhannya lebih hampir daripada "kadar dua busur panah", meskipun dengan anggaran kesempurnaan ini dan bahagian yang penuh,"Katakanlah, 'Tuhan menambahkan pengetahuanku." (20:114)

Sebahagian daripada syarat awal bagi seseorang berilmu yang menyaksikan, iaitu ahli dalam setesen ghaib dan nyata, ialah dia mengetahui bahawa tempat tersebut (Makkah) mempunyai pengaruh yang kuat kepada hati nurani. Jika hati berada di mana-mana tempat di dalam dunia ini, keadaannya menjadi paling mulia dan lengkap di Makkah. Sebagaimana tahap kerohanian berbeza-beza dalam keutamaannya, begitu juga dengan tahap jasmani. Adakah permata sama dengan batu, kecuali ia berada dengan orang tertentu? Seorang ahli pada makam ini yang telah disempurnakan menemui perbezaan pada yang demikian sebagaimana Yang Haq mengadakan perbezaan yang demikian. Adakah rumah yang dibina daripada batu dan jeramai sama dengan rumah yang dibina daripada emas dan perak? Orang arif yang sampai adalah yang menyerahkan segala hak kepada yang berhak. Dia menjadi luar biasa dalam hayatnya dan menjadi orang arif dalam zamannya. Jadi, terdapat perbezaan yang besar di antara kota yang bangunannya adalah yeng menyelerakan nafsu dengan kota yang bangunannya adalah tanda-tanda yang jelas!

Sahabatku bersetuju bahawa kewujudan hati kita pada sesetengah tempat lebih berpengaruh daripada tempat yang lain? Semoga Allah merahmatinya. Dia meninggalkan khalwat di dalam rumah menara yang dijaga, di bahagian timur Tunis dipinggir pantai, dan dia memasuki ar-Rabita ditengah-tengah liang kubur, berhampiran dengan menara itu, pada bahagian yang hampir dengan pintu. Ia dikaitkan dengan al-Khidr. Saya bertanya kepadanya mengenai hal tersebut dan dia berkata, "Aku lebih menemui hatiku di sana daripada di dalam menara". Saya juga mengalami di sana apa yang Syeikh itu katakan.

Para wali mengetahui bahawa, lantaran seseorang yang mendiami sesuatu tempat, samada yang berkedudukan sebagai malaikat yang mulia atau jin yang ikhlas, atau ia lantaran himmah seseorang yang pernah mengunjungi atau mendiami tempat tersebut - seperti rumah Abu Yazid yang dipanggil "Rumah orang salih", atau zawiyya al-Junayd di Shuniziyya, atau gua Ibn Adham di Yaqin dan lain-lain tempat, sekalipun orang-orang salih yang berkenaan telah meninggalkan dunia ini namun, kesannya masih kedapatan di tempat berkenaan dan ia mempengaruhi hati nurani. Inilah sebabnya mengapa masjid-masjid memberi kesan yang berbeza-beza kepada hati, tetapi tidak dari segi pahalanya. Kamu lebih menemui hati kamu di masjid tertentu tetapi tidak di masjid lain. Ini bukanlah kerana bumi, tetapi kerana kumpulan jemaah dan keberkatan mereka. Orang yang tidak mendapati perbezaan pada hatinya di antara di masjid dan di pasar hanya memiliki suasana tetapi tidak memiliki makam.

Saya tidak ragui, melalui penyingkapan dan pengetahuan, sekiranya para malaikat dengan pangkat yang berbeza-beza mendiami bumi ini, yang paling tinggi kedudukan mereka dalam ilmu dan makrifat akan mendiami Masjid al-Haram. Keadaan kamu menurut mereka yang kamu jadikan sahabat. Himmah mereka yang dalam satu kumpulan memberi kesan kepada orang yang duduk bersama kumpulan tersebut dan himmah mereka adalah menurut pangkat mereka. Jika persaingan didasarkan kepada himmah, maka 124,000 Nabi-nabi, tidak termasuk aulia, telah tawaf Rumah yang suci itu. Tidak ada Nabi atau wali yang tidak ada himmah dengan Rumah ini.

Kota ini adalah kota suci kerana ia adalah Rumah yang Allah pilih di atas rumah-rumah yang lain. Ia memiliki rahsia sebagai tempat yang pertama dijadikan tempat beribadat seperti Allah katakan,
"Rumah pertama yang didirikan buat umat manusia adalah yang di Bakka, tempat yang dirahmati, dan petunjuk kepada seluruh alam. Padanya terdapat tanda-tanda yang jelas - makam Ibrahim, dan sesiapa memasukinya menjadi aman" (3:97)daripada segala ketakutan. Banyak lagi ayat-ayat yang lain. Jika orang yang bersih berjalan ke kota suci ini, dia akan mengalami makrifat dan peningkatan yang belum pernah dia saksikan sebelumnya dan tidak pernah terlintas dalam fikirannya.

Diri akan dikumpulkan dalam bentuk ilmunya sementara tubuh akan dikumpulkan dalam bentuk amalannya. Bentuk ilmu dan amalan lebih lengkap di Makkah berbanding dengan tempat-tempat lain. Jika seseorang yang mempunyai hati yang terbuka memasukinya untuk satu jam sahaja, dia akan memperolehi yang demikian. Jadi, betapa banyak yang akan diperolehinya jika dia berada hampir dengannya dan mendiami di sana dan melaksanakan segala tuntutan dan peraturannya? Tidak diragukan bahawa penyaksiannya di sana lebih lengkap dan luhur, dan apa yang dikurniakan kepadanya lebih murni, lazat dan menggembirakan. Sahabatku memberitahuku bahawa dia merasakan penambahan dan pengurangan menurut tempat, dan dia tahu bahawa suasana yang demikian juga muncul daripada keadaan orang yang tinggal di sana atau himmahnya seperti yang telah dinyatakan. Kami tidak meragui kaedah ini, iaitu perakuan terhadap tempat dan daya-rasa yang bertambah dan berkurang muncul daripada kesempurnaan ahli makrifat dalam mengenal, dan ketinggian makam serta kedudukannya daripada yang lain, dan juga kekuatan kearifannya. Semoga Allah menuliskan kebaikan untuk wali tersebut dan mengurniakan kepadanya segala kebaikan lantaran dia telah mendapatkannya dan layak untuk yang demikian.

Nama-nama Yang Indah dan hakikat kewujudan

Ketahuilah, semoga Allah memngurniakan kejayaan kepada kita semua, sekalian orang Islam! bahawa kebanyakan mereka yang mengenali Allah dari kalangan mereka ahli kasyaf dan ahli hakikat, tidak memiliki pengetahuan tentang sebab permulaan alam maya melainkan sekadar hubungan Azali dengan keadaannya yang dibawa kepada kewujudan. Allah kurniakan kepada makhluk-Nya apa yang Dia ketahui wajar bagi makhluk-Nya. Di sini, kebanyakan manusia berhenti. Kami, dan mereka yang Allah perkenalkan apa yang Dia perkenalkan kepada kami, telah mencapai hal yang lain. Ini ialah bila kamu perhatikan kepada alam maya secara terperinci dengan kebenaran dan anggarannya, kamu dapati ia terhad dengan peringkat dan tahap yang diketahui, dan golongan yang terbatas dengan benda-benda yang serupa dan tidak serupa. Jika kamu faham perkara ini, kamu ketahui bahawa ia mempunyai rahsia yang seni dan perkara yang ajaib di mana hakikatnya tidak dapat disaksikan dengan jelas melalui fikiran dan penyelidikan. Sebaliknya, ia adalah satu daripada ilmu diberikan melalui kasyaf dan hasil daripada mujahadah yang disertai oleh himmah (semangat yang tinggi). Mujahadah tanpa himmah tidak menghasilkan apa-apa, tidak juga memberi kesan kepada ilmu, tetapi ia memberi kesan kepada keelokan dan kesucian yang dirasai oleh orang bermujahadah itu.

Ketahuilah, semoga Allah mengajarkan kepada kamu rahsia pengertian dan mengurniakan kepada kamu semua perkataan! bahawa Nama-nama Yang Indah, yang di atas daripada nama-nama yang boleh dihitung dan membawa turun kebahagiaan di bawah nama-nama yang dihitung itu, mempunyai kesan kepada alam maya. Mereka adalah 'kunci-kunci pertama' yang hanya Dia mengetahuinya. Setiap yang nyata dalam kewujudan memiliki salah satu daripada nama-nama yang khusus baginya. Yang nyata yang dimaksudkan ialah yang mengumpulkan bersama golongan daripada perkara-perkara yang nyata tersebut. Tuhan bagi hakikat tersebut ialah nama dan hakikat itu adalah hamba-Nya dan di bawah penguasaan-Nya. Hanya itu sahaja.

Jika sesuatu mengumpulkan beberapa nama bagi kamu, perkara itu bukanlah seperti yang kamu bayangkan. Kamu perhatikan kepada benda itu, kamu dapati ia mempunyai ciri-ciri yang bersesuaian dengan apa yang ditunjukkan oleh nama berkenaan, iaitu hakikat yang kami nyatakan. Itu adalah seperti apa yang telah diperakukan bagi kamu di dalam ilmu yang di dalam akal luaran dan di bawah penguasaannya menurut keadaan sesuatu yang satu dan tidak boleh dipecahkan - seberti anasir yang satu (jauhar) yang merupakan bahagian yang tidak boleh dipecahkan. Sekalipun demikian, jauhar ini mengandungi berbagai-bagai hakikat yang memerlukan sebanyak itu juga Nama-nama Ilahi. Hakikatnya ia dibawa kepada kewujudan dengan memerlukan nama Yang Maha Berkuasa. Dalam aspek kerapiannya ia memerlukan nama Yang Maha Mengetahui. Dalam aspek kuasa memilih ia memerlukan nama Yang Membentuk. Dalam aspek yang membawanya menjadi nyata ia memerlukan nama Yang Maha Mengetahui dan Yang Maha Melihat, dan lain-lain. Walaupun bahan ini adalah satu, ia mempunyai aspek-aspek ini dan aspek yang lain yang kami tidak nyatakan. Setiap aspek mempunyai banyak aspek yang memerlukan nama yang berpadanan. Aspek-aspek itu adalah hakikat dan mereka bukanlah yang utama pada pandangan kami dan ianya sukar untuk memegangnya dan lebih sukar untuk memperolehinya melalui kasyaf.

Wadah Nama-nama Ilahi

Ketahuilah kami tidak akan menyentuh Nama-nama dengan kepelbagaiannya bila kami melihat kepada aspek yang diperlukan oleh makhluk di dalam alam. Bila kita tidak melihat kepada yang tersebut, kita melihat wadah yang dituntut oleh ilmu yang diperlukan dan kami mendapati bahawa Nama-nama yang menjadi wadah yang mereka berdiri di atasnya adalah juga wadah bagi Nama-nama itu. Jadi, ia mudah untuk diperhatikan, melengkapkan tujuannya dan ia mudah untuk pergi melepasi wadah-wadah ini kepada cabang-cabangnya, sebagaimana mudah untuk kembali daripada cabang kepada wadah itu. Jika kamu perhatikan kepada semua Nama-nama yang diketahui di bumi dan di langit, kamu akan dapati tujuh nama ditujukan kepada Sifat-sifat oleh mereka yang mengetahui ilmu Kalam yang membicarakan mengenainya. Kami telah bincangkan perkara ini dalam buku kami bertajuk Insha' ad-Dawa'ir.

Matlamat kami dalam buku ini bukanlah tujuh wadah yang dirujukkan kepada Sifat ini, tetapi tujuan kami ialah wadah-wadah yang perlu bagi membawa alam ini kepada kewujudan yang nyata. Sama juga, kami tidak memerlukan pembuktian akal tentang Yang Haq melebihi kenyataan bahawa Dia wujud, mengetahui, berkuasa, mencipta, hidup. Tidak ada yang lain diperlukan. Tidak ada yang lebih daripada ini dipertanggungjawabkan. Rasulullah s.a.w telah membuat kita mengakui bahawa Dia Berkata-kata. Fardu membuat kita mengakui bahawa Dia mendengar, melihat dan seterusnya sebagaimana dinamakan. Apa yang kita perlukan di sini untuk mengenali nama-nama adalah bagi kewujudan alam maya ini. Nama-nama ini adalah Tuan bagi Nama-nama dan semua nama-nama lain adalah di bawah jagaan mereka seperti mana sebahagian daripada tuan-tuan ini menjaga sebahagian yang lain.

Wadah bagi Nama-nama Ilahi adalah: Yang Hidup, Yang Mengetahui, Yang Berkehendak, Yang Berkata-kata, Yang Pemurah, Yang Adil. Ini adalah cabang bagi dua Nama Ilahi: Yang Mentadbir dan Yang Membahagikan. Yang Hidup menentukan kefahaman kamu selepas dan sebelum kamu wujud. Yang Mengetahui menentukan keteguhan kamu pada wujud kamu, dan sebelum wujud kamu menentukan ketetapan kamu. Yang Berkehendak menentukan pilihan kamu. Yang Berkuasa menentukan ketidakwujudan kamu. Yang Berkat-kata menentukan keabadian kamu. Yang Pemurah menentukan kedudukan kamu yang dibawa kepada kewujudan. Yang Adil menentukan pangkat atau kedudukan kamu. Pangkat atau kedudukan adalah yang terakhir bagi peringkat kewujudan.

Hakikat-hakikat ini mesti wujud, dan nama-nama mereka yang menjadi Tuan-tuan adalah juga perlu. Yang Hidup adalah Tuan kepada Tuan-tuan dan rakyat. Ia adalah Penghulu atau Imam. Yang kedua kedudukannya ialah Yang Mengetahui, kemudian Yang Berkehendak, kemudian Yang Berkata-kata, kemudian Yang Berkuasa, kemudian Yang Pemurah, dan yang akhirnya Yang Adil. Ia adalah Tuan kepada segala pangkat atau kedudukan dan peringkat kewujudan yang terakhir. Baki nama-nama yang lain adalah di bawah kekuasaan Penghulu-Tuan-tuan.

Penghulu (Imam) kepada Nama-nama Ilahi

Nama-nama tersebut menyerahkan Nama-nama yang selebihnya dengan hakikat-hakikat mereka kepada nama Allah dalam membawa alam maya kepada kewujudan. Menurut kenyataan bahawa Imam-imam kepada nama-nama, tanpa mengambil kira alam maya, hanyalah empat - Yang Hidup, Yang Berkata-kata, Yang Mendengar dan Yang Melihat - bila Allah mendengar tutur-kata-Nya dan melihat Zat Diri-Nya, Wujud-Nya adalah sempurna dalam Zat-Nya (tanpa mengambil kira alam maya). Kami hanya maksudkan nama-nama yang dengannya alam maya didirikan. Kami mempunyai banyak nama-nama, jadi kami serahkan kepada tuan mereka dan datang kepada mereka dalam kehadiran mereka dan hanya menemui apa yang telah kami nyatakan. Kami sampaikan menurut apa yang kami saksikan. Jadi, inilah sebabnya tuan-tuan kepada nama-nama itu menyerahkan nama-nama yang lain kepada Allah bila asal usul kita dibawa kepada kewujudan.

Yang pertama mengadakan tuntutan terhadap alam maya ini ialah Nama Ilahi, Yang Mentadbir (al-Mudabbir) dan Nama Ilahi, Yang Membahagikan (al-Mufassil) diatas kehendak nama Raja. Kemudian dua nama ini menghadap kepada benda-benda yang daripadanya misal wujud dalam alam maya ini sendiri tanpa ia terlebih dahulu tidak-wujud, tetapi lebih tepat daripada peringkat yang terdahulu, bukan kewujudan yang terdahulu - seperti terbit matahari mendahului permulaan siang. Sekalipun kita hubungkan permulaan siang dengan terbitnya matahari, ia adalah jelas bahawa sebab bagi kemunculan siang ialah terbitnya matahari yang menemaninya dalam kemunculannya. Beginilah duduk perkaranya.

Kemudian dua Nama Ilahi ini mentadbirkan alam maya ini dan membahagikannya tanpa didahului oleh kejahilan mengenainya ataupun kurang pengetahuan mengenainya. Jadi, bentuk yang digubah itu muncul di dalam alam maya itu sendiri. Kemudian, Nama-Nya, Yang Mengetahui, dihubungkan kepada model (misal) tersebut sebagaimana ia dihubungkan kepada bentuk yang daripadanya diambil, walaupun jika ianya tidak dilihat kerana ia tidak wujud seperti yang akan dinyatakan dalam tajuk ini. "Daripada apakah alam maya ini wujud?"
Permulaan nama-nama bagi alam maya

Permulaan nama-nama bagi alam maya ialah dua Nama Ilahi ini: Yang Mentadbir dan Yang Membahagi. Nama Yang Mentadbir ialah yang merealisasikan masa yang ditentukan untuk membawa kepada kewujudan. Nama Yang Berkehendak berhubung dengannya menurut kadar yang Yang Mentadbir membawanya keluar dan mentadbirnya. Kedua-dua nama ini tidak melakukan apa-apa dalam penciptaan misal ini tanpa penyertaan nama-nama yang lain, tetapi daripada belakang tirai dua nama ini. Jadi kedudukan sebagai Penghulu adalah wajar buat mereka, sementara yang lain tidak menyedarinya sehinggalah bentuk misal (model) muncul. Kemudian mereka menyaksikan di dalam hakikat-hakikat ianya bersesuaian dengan mereka, dan yang demikian menerbitkan rasa kasih terhadapnya. Jadi setiap nama melahirkan rasa kasih pada hakikatnya yang wujud dalam Misal itu, tetapi ia tidak dapat memperolehi sebarang kesan dalamnya kerana ia tidak dibenarkan oleh kehadiran yang misal ini menyatakan dirinya. Oleh itu, cinta dan kasih itu membawa mereka kepada pencarian, usaha yang gigih dan keinginan untuk membawa bentuk itu kepada kewujudan supaya kuasa mereka boleh menyata dan kewujudan mereka menjadi sah dalam kenyataan. Tidak ada yang memiliki himmah yang lebih tinggi daripada yang berkuasa yang tidak mendapati seseorang yang berkuasa untuk dikuasai dan meletakkannya di bawah kekuatannya agar kekuasaan kekuatannya akan menjadi sah - atau seseorang yang kaya yang tidak menemui seseorang yang yang memerlukan hartanya! Ia sama dengan semua nama-nama ini. Jadi, nama-nama yang lain berlindung di bawah Tuan mereka, Penghulu Yang Tujuh yang telah dinyatakan, memohon mereka membawa sumber misal ini yang mereka lihat pada zat seseorang yang mengetahui kepada kewujudan. Inilah yang ditunjukkan sebagai alam maya.

Nama-nama Ilahi berada dalam kesatuan berhubung dengan Zat, berpisah berhubung dengan 'ada-hubungan'

Ada orang yang mungkin bertanya, "Wahai yang mengenal! Bagaimanakah Nama-nama Ilahi yang lain melihat misal ini sedangkan kenyataannya hanya Yang Melihat melihatnya dan setiap Nama Ilahi memiliki hakikat yang nama lain tidak miliki?" Kita boleh menjawabnya. Semoga Allah kurniakan kejayaan kepada kamu! Kamu patut tahu bahawa setiap Nama Ilahi mengandungi semua Nama-nama Ilahi dan setiap nama digambarkan oleh semua nama pada ufuknya. Setiap nama itu hidup, berkuasa, mendengar, melihat, berkata-kata dalam ufuknya dan dalam pengetahuannya. Jika tidak bagaimanakah setiap Nama Ilahi menjadi Tuan kepada sesuatu yang berkhidmat kepadanya? Sungguh tidak munasabah! Betapa jauhnya daripada kesan yang nyata!

Walau bagaimanapun, di sana ada petunjuk seni yang kebanyakan orang tidak menyedarinya. Ia adalah bahawa kamu mengetahui dengan yakin yang setiap biji gandum atau yang seumpamanya mengandungi hakikat yang tidak dimiliki oleh saudaranya, sebagaimana kamu tahu yang benih ini tidak sama dengan benih yang lain, walaupun mereka memiliki hal yang sama ataupun mereka serupa. Jadi carilah kenyataan atau hakikat ini yang membuatkan kamu membezakan dua benih tersebut dan mengatakan, " Yang ini tidak sama dengan yang itu". Hal ini benar bagi semua perkara yang serupa dalam hal yang menyerupakan mereka itu. Ia juga sama dengan Nama-nama Ilahi: setiap nama mempunyai hakikat yang nama itu kandungkan. Kemudian kamu ketahui nama ini bukanlah nama yang lain secara nilai seni (latifah) yang kamu gunakan bagi membezakan biji-biji gandum dan setiap yang serupa. Jadi, carilah makna ini sehingga kamu mengenalinya melalui zikir, bukan melalui renungan.

Walau bagaimanapun, saya ingin membawakan kepada kamu tentang hakikat yang tidak dibentangkan oleh sesiapapun sebelum ini. Boleh jadi ianya tidak dibukakan atau diperjelaskan dan saya tidak tahu samada ianya akan diberikan kepada sesiapa sesudah saya atau tidak daripada kehadiran yang memberikannya kepada saya. Jika ianya dibaca dan difahami melalui buku saya, maka saya adalah yang pertama mengajar mengenainya sementara mereka yang terdahulu tidak menemuinya. Ianya ialah Nama-nama Ilahi, seperti yang kami nyatakan, mengandungi hakikat bagi nama-nama tersebut sementara latifah ini wujud yang memberikan kepada kamu perbezaan di antara dua benda yang serupa. Bagi nama Yang Pengampun dan Yang Menghukum, iaitu Yang Zahir dan Yang Batin, setiap nama ini mengandungi apa yang dikandungi oleh penjaga-penjaganya, daripada permulaannya hingga ke akhirnya. Walau bagaimanapun, Tuan bagi Nama-nama tersebut dan nama-nama yang lain ada tiga martabat. Sebahagiannya berhubung dengan darjat Tuan Nama-nama tersebut, sebahagiannya memiliki darjatnya sendiri, sebahagiannya dihubungkan dengan darjat Yang Memberi Rahmat, sebahagiannya dihubungkan kepada darjat Yang Memberi Hukuman. Nama-nama ini adalah nama-nama alam maya yang dihitungkan, dan Allah jualah Penolong!

Nama Allah Yang Teragung

Kemudian semua nama-nama merujuk kembali kepada Penghulu-penghulu dan Penghulu-penghulu merujuk kembali kepada nama Allah dan nama Allah merujuk pula kepada Zat karena ia merdeka daripada nama-nama, dan memohon bantuan dalam apa yang dipinta oleh nama-nama tersebut. Jadi, "Yang Pemurah, Yang Penyayang" mengabulkannya dan berkata, "Berbicaralah dengan Penghulu-penghulu yang berhubung dengan urusan membawa alam kepada kenyataan menurut hakikat-hakikat mereka." Nama Allah keluar kepada mereka dan mengkhabarkan kepada mereka berita tersebut dan mereka sukacita, gembira dan ceria dan mereka masih demikian.
Kewujudan makhluk rohani yang diciptakan daripada api yang tiada asap (jin)

Dia campurkan api dan tumbuh-tumbuhan, maka bentuk jin dijadikan
sebagai ruang di antara dua keadaan.
Ia adalah di antara roh yang berjasad dengan tempat yang dalam
dan roh yang tiada "di mana".
Yang menerima jasad mencari makanan
untuk pembesaran tanpa kepalsuan,
Dan yang menerima malaikat-malaikat, menerima hati bagi
mengambil bentuk dalam keasliannya.
Karena sebab ini, ia mentaati pada satu ketika dan menentang pada ketika lain
Dia akan balas mereka yang tidak taat dengan dua api.

Penciptaan Jin, malaikat dan manusia

Allah berfirman,
"Dia ciptakan jin daripada pucuk api yang tiada asap" (55:14).
Hadis menceritakan,
"Allah ciptakan malaikat daripada nur, dan Allah ciptakan jin daripada api, dan Dia ciptakan manusia daripada apa yang telah dikhabarkan kepada kamu".
Apa yang Rasulullah s.a.w katakan mengenai ciptaan manusia "seperti yang telah diceritakan kepada kamu", baginda memberi ketegasan dan tidak menjelaskannya seperti yang baginda lakukan pada menceritakan ciptaan malaikat dan jin. Rasulullah s.a.w "diberikan segala perkataan". Ini adalah sebahagian daripadanya. Asas ciptaan malaikat dan jin tidak berubah. Asas ciptaan manusia berubah kerana ada empat kategori kejadian manusia. Kejadian Adam tidak menyerupai kejadian Hawa. Kejadian Hawa tidak meneyrupai kejadian keturunan Adam yang lain. Kejadian Isa tidak menyerupai yang lain. Di sini Rasulullah s.a.w memberi penjelasan. Baginda menyampaikan kepada kita perincian kejadian manusia. Adam diciptakan daripada tanah liat, Hawa daripada tulang rusuk, Isa daripada tiupan Roh, keturunan Adam daripada
"air yang hanyir" (77:20).

Konsep perkaitan langit dan bumi

Bila Allah dirikan empat anasir asas dan asap naik ke bahagian bawah Sfera Bintang-bintang Yang Tetap, tujuh langit dibentangkan di dalam asap itu, setiap satu berpisah daripada yang lain. Dia
"bukakan pada setiap langit ketentuannya"selepas "Dia adakan dalamnya rezekinya"dan semua ini "dalam empat hari". Kemudian Dia berfirman, "kepada langit dan bumi: Datanglah dengan rela atau terpaksa". (41:9-11).

Kemudian Allah adakan perkaitan di antara langit dan bumi dan arah yang dengannya Dia berkehendak mengadakan benda-benda di bumi dalam bentuk bahan galian, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Dia jadikan bumi seumpama isteri dan langit seumpama suami. Langit menyalurkan perintah Allah kepada bumi sebagaimana suami memindahkan air mani kepada isterinya. Dengan demikian bumi membawa keluar jenis-jenis pembentukan yang Allah sembunyikan di dalamnya.

Empat anasir dan pembentukan manusia dan jin

Bila udara dinyalakan dan dipanaskan, ia membakar seperti pelita. Pembakaran api itu adalah nyalaan udara dan ianya tidak berasap (marj, bercampur-aduk) kerana ia bercampur dengan udara dan adalah udara yang terbakar. Marj adalah campuran dan daripada ini yang tidak berasap itu adalah marj kerana tumbuh-tumbuhan bercampur di dalamnya.

Jin adalah campuran dua anasir iaitu api dan udara, sebagaimana manusia merupakan campuran dua anasir iaitu air dan tanah diuli bersama yang menjadikannya tanah liat. Begitu juga campuran udara dan api dinamakan 'api yang tidak berasap'. Allah ciptakan bentuk jin dalam api yang tidak berasap itu. Oleh kerana anasir udara ada dengan jin, maka jin boleh mengambil berbagai-bagai bentuk yang mereka mahu. Oleh kerana ada anasir api dengannya maka ia menjadi tidak nyata dan seni, dan mereka mencari kekuasaan, kemegahan dan kekuatan kerana api merupakan bahagian yang paling tinggi dalam anasir-anasir itu dan ia mempunyai pengaruh yang kuat untuk menukarkan sesuatu sebagaimana hukum alam kehendaki. Inilah sebabnya jin iblis menyombong dan enggan sujud kepada Adam bila Allah memerintahkannya berbuat demikian lantaran pandangannya yang tinggi terhadap dirinya. Dia berkata,
"Aku lebih baik daripadanya" (7:12),
bermaksud menurut dasar bahawa Allah lebih menyukai api daripada anasir-anasir yang lain.

Jin tidak tahu bahawa anasir air yang daripadanya Adam diciptakan lebih kuat daripada api kerana air boleh memadamkan api dan tanah adalah lebih teguh daripada api melalui kesejukan dan kekeringan. Adam memiliki kekuatan dan kemantapan melalui penguasaan dua anasir tersebut yang Allah jadikannya. Walaupun dia juga memiliki anasir-anasir yang lain - udara dan api, anasir tersebut tidak ada kekuasaan atasnya. Jin juga memiliki anasir-anasir selebihnya....

Adam dikurniakan sifat rendah diri berdasarkan sifat tanah yang ada dengannya. Bila dia menjadi megah, itu hanyalah yang datang kemudian (bukan sifat semulajadinya). Dia menerima sifat tersebut kerana anasir api yang ada dengannya sebagaimana imaginasi dan keadaannya menerima berbagai-bagai suasana kerana anasir udara dengannya. Jin bersifat menyombong kerana sifat api yang ada dengannya. Jika mereka merendah diri, itu adalah yang datang kemudian (bukan sifat asli), ia boleh datang kerana anasir tanah yang ada dengannya. Mereka juga menerima ketetapan dalam menggunakan tipu daya jika mereka syaitan, dan menerima ketetapan untuk berbuat taat jika mereka bukan syaitan.

Keadaan jin bila surah ar-Rahman (surah 55 dalam Quran) dibacakan

Bila Rasulullah s.a.w membacakan surah ar-Rahman kepada para sahabat baginda, baginda bersabda, "Aku membacakannya kepada kumpulan jin. Mereka mendengarkannya lebih baik daripada kamu. Bila aku katakan,'Nikmat Tuhan kamu yang manakan kamu nafikan?' mereka melafazkan,'kami tidak nafikan sebarang nikmat Tuhan kami!' Ia meneguhkan mereka dan tidak menggeletar bila dibacakan,'Nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu nafikan?' dalam bacaannya. Ini adalah cetusan sifat jin yang keluar daripada aanasir tanah dan air yang memadamkan nyalaan api. Sebahagian daripada mereka adalah taat kepada Allah dan sebahagiannya menderhaka, seperti manusia: tetapi mereka boleh mengambil berbagai-bagai bentuk seperti malaikat.

Bentuk asasnya ialah rohani

Allah jadikan mereka tidak kelihatan kepada pandangan manusia melainkan bila Allah angkatkan tutupan kepada orang-orang tertentu untuk mereka melihatnya. Oleh kerana jin tidak nyata dan seni, mereka boleh mengambil apa juga bentuk yang boleh dicapai oleh pancaindera menurut kemahuan mereka. Bentuk asasnya ialah kerohanian yang merupakan bentuk pertama yang diterima oleh jin pertama tatkala Allah membawanya kepada kewujudan. Kemudian ia mengambil berbagi-bagai bentuk menurut apa yang Allah kehendaki. Jika Allah bukakan pandangan kita sehingga kita dapat melihat bentuk-bentuk yang dapat disaksikan pancaindera melalui khayal, maka pada masa yang berlainan kamu akan dapat melihat manusia dalam berbagai-bagai bentuk yang tidak serupa antara satu sam alain.

Pembiakan jin dan manusia

Kemudian Allah tiupkan roh ke dalam nyalaan api yang bergolak lantaran keadaannya yang tidak pejal itu. Tiupan menambahkana pergolakan tersebut dan udara menguasainya dan ia tidak tinggal dalama keadaan yang sama. Alam jin muncul dalam bentuk demikian. Sebagaimana persetubuhan berlaku dalam kehidupan manusia secara memasukkan air ke dalam kandungan lalu menghasilkan pembiakan dan kelahiran dalam bangsa Adam yang fana, begitu juga dengan pembiakan berlaku pada jin secara memindahkan udara ke dalam kandungan perempuan dan pembiakan serta kelahiran berlaku pada jin. Mereka keluar melalui Sagittarius dan keadaannya yang berapi-api. Ini telah diceritakan oleh orang yang telah sampai - semoga Allah melindunginya!
Tempuh di antara penciptaan jin dan penciptaan manusia

Tempuh di antara penciptaan Jann (jin pertama) dengan penciptaan Adam ialah 60,000 tahun. Ini adalah perlu menurut dakwaan sesetengah orang bahawa kelahiran jin berakhir selepas 4,000 tahun dan kelahiran manusia berakhir selepas 7,000 tahun. Walau bagaimanapun, ianya tidak berlaku berdasarkan yang demikian. Ianya akan berlaku menurut kehendak Allah. Jin masih membiak dan akan terus membiak. Jadi bilakah manusia bermula, berapa tahun pembiakannya yang masih tinggal, berapa lama lagikah sebelum berakhirnya dunia ini dan bangsa manusia terhapus dari muka bumi ini dan mereka dipindahkan ke Alam Kemudian? Ini bukanlah pegangan mereka yang kukuh dalam ilmu. Ia dikatakan oleh sebilangan kecil sahaja dan tidak akan diulangi.

Jin adalah ruang di antara malaikat dengan manusia

Malaikat adalah roh yang ditiupkan ke dalam nur (cahaya). Jin adalah roh yang ditiupkan ke dalam angin. Manusia adalah roh yang ditiupkan ke dalam bentuk. Ada yang mengatakan bahawa yang perempuan tidak berpisah daripada jin yang mula-mula wujud, seperti Hawa berpisah daripada Adam. Salah seorang daripada mereka mengatakan Allah ciptakan anggota pada jin pertama, maka satu bahagiannya bersetubuh dengan bahagiannya yang lain dan keturunannya dilahirkan seperti keturunan Adam dilahirkan: lelaki dan perempuan berkahwin. Jadi sifat jin ialah memiliki kedua-dua jantina. Oleh kerana itu jin merupakan sebahagian daripada ruang di antara: mereka menyerupai manusia dan menyerupai malaikat kerana kedua-dua jantina menyerupai lelaki dan perempuan.
Makanan dan perkawinan jin

Anasir udara dan api menguasai kejadian jin. Oleh kerana itu makanannya ialah apa yang di bawa oleh udara iaitu lemak di dalam tulang. Allah jadikan persediaan ini dalam mereka. Jadi kita dapati bahawa tulang dan dagingnya tidak berkurangan sama sekali dan kita tahu bahawa Allah berikan kepada mereka zat dalam tulang itu. Inilah yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w mengenai tulang, "Tulang adalah makanan saudara kamu dari golongan jin". Dalam satu hadis, "Allah taruhkan zat pemakanan mereka di dalamnya". Orang yang hal ini dibukakan kepadanya menceritakan kepada kami dia telah melihat jin mendapatkan tulang dan menghidunya seperti haiwan menghidu mangsanya. Kemudian mereka pergi sesudah mengambil makanannya. Makanannya diambil melalui penghiduan itu. Segala puji bagi Yang Maha Lemah-lembut (al-Latiff) dan Yang Maha Mengerti!

Bagi penyatuan mereka dalam perkahwinan, ia dalam bentuk berpusing - seperti apa yang kelihatan pada asap yang keluar dari tempat bakaran. Asap itu bercampur-gaul dan setiap individu jin itu menikmati kemasukan yang berbalas-balasan itu. Pancutan maninya seperti biji palma dan dalam bentuk bau yang asli, sama seperti makanannya.

Suku dan kumpulan jin

Mereka bersuku-suku dan berkumpulan. Dikatakan mereka tergolong kepada dua belas suku dan kemudian bercabang kepada suku-suku yang lebih kecil. Biasa berlaku peperangan besar di antara mereka, dan sebagian daripada angin puting beliung adalah sebenarnya di tengah-tengah pertempuran mereka. Puting beliung itu merupakan perlawanan yang berbalas-balasan di antara dua angin yang bertentangan, masing-masing menghalang yang satu lagi daripada melepasi. Jadi penahanan itu membawa kepada bulatan yang dapat disaksikan oleh mata sebagai debu yang nyata yang merupakan kesan kepada perlawanan dua angin itu. Pertempuran mereka adalah seperti itu, tetapi bukanlah pula setiap puting beliung itu pertempuran mereka. Kisah jin 'Amr merupakan kisah yang terkenal. Ia terbunuh di dalam puting beliung yang kelihatan. Ia pecah daripadanya ketika ia hampir mati. Ia tidak mengambil masa yang lama untuk mati. Ia adalah jin yang salih. Jika asas buku ini adalah untuk menceritakan sejarah dan budaya kami tentu ceritakan sebahagian daripadanya, tetapi buku ini adalah mengenai maksud ilmu pengetahuan. Kamu boleh mencari ceritanya pada tempat yang lain, dalam buku sejarah dan puisi.

Cara alam makhluk rohani muncul dalam rupa bentuk

Bila alam rohani mengambil bentuk dan muncul dalam bentuk yang boleh ditangkap oleh pancaindera, mata mengurung makhluk rohani itu kerana makhluk rohani itu tidak dapat melepaskan bentuk yang ia muncul itu kerana mata terus melihat kepadanya walaupun yang melihat itu ialah manusia. Bila mata manusia jelas mengenai makhluk rohani itu, ia tidak mempunyai tempat untuk menghilangkan diri, maka makhluk rohani itu menjelmakan bentuk yang ia gunakan untuk menutupi dirinya. Kemudian makhluk rohani itu membuat manusia mengkhayalkan yang bentuk itu telah meninggalkannya pada satu arah, lalu mata mengikuti arah tersebut. Bila mata mengikutinya, makhluk rohani itu meninggalkan kurungan mata tadi dan menghilang. Bila ia menghilang, bentuk itu hilang dari pandangan orang yang sedang memandang kepadanya dan mengikutinya dengan pandangannya. Dalam hubungan dengan makhluk rohani itu, bentuk itu adalah umpama cahaya yang di dalam bekas lampu yang cahayanya dihamburkan di penjuru-penjuru. Bila badan lampu itu tiada cahaya pun hilang. Beginilah keadaan bentuk itu. Jika seseorang mengetahui hal ini, dan mahu mengurung makhluk rohani itu, dia tidak harus mengikuti makhluk rohani itu dengan matanya. Ini adalah salah satu rahsia Ilahi yang hanya diketahui oleh mereka yang mendapat petunjuk Allah. Bentuk itu tidak lain daripada makhluk rohani itu. Sebenarnya ia adalah sama, sekalipun ia berada pada seribu tempat, atau pada setiap tempat, dengan bentuk yang berlainan.

Andaikata salah satu bentuk itu dibunuh dan kelihatan mati, makhluk rohani itu meninggalkan kehidupan dunia ini dan pergi ke ruang antara sebagaimana kita pergi apabila kita meninggal. Tidak ada maklumat mengenainya tinggal di dalam dunia ini, seperti keadaan kita juga. Bentuk yang boleh ditangkap oleh pancaindera yang diambil oleh makhluk rohani itu dinamakan 'tubuh'. Allah berfirman, "Kami adakan hanya jasad di atas singgahsananya" (38:34)
dan "Kami tidak berikan kepada mereka tubuh yang tidak memakan makanan" (21:8).
Perbezaan di antara jin dengan malaikat, walaupun secara kerohaniannya mereka serupa, ialah makanan jin mengandungi makanan yang didapati dalam tubuh asli. Malaikat tidak demikian. Itulah sebabnya Allah ceritakan tentang tetamu Nabi Ibrahim a.s, "Bila dia melihat tangan mereka tidak mengambilnya, dia mencurigai mereka" (11:70),
yaitu malaikat tidak menjamah daging panggang dan mereka tidak memakannya yang membuat Nabi Ibrahim a.s curiga.
Pembentukan alam jin

Apabila sampai masa dijadikan alam jin, Dia memerintahkan tiga daripada malaikat yang kepercayaan dalam sfera pertama yang membawa pembantu-pembantu mereka yang diperlukan untuk tugas ini dari langit kedua. Mereka turun ke langit-langit dan mengambil dua pembantu dari langit ke dua dan ke enam. Mereka turun ke anasir dan menyediakan tempat tersebut. Tiga lagi penjaga mengikuti mereka, dan mereka membawa apa juga pembantu yang diperlukan daripada langit kedua, kemudian turun ke langit ke tiga, dan daripada sana kepada yang ke lima. Mereka mengambil dua malaikat. Mereka melalui langit ke enam dan dan mengambil dua pembantu daripada malaikat. Kemudian mereka turun ke anasir bagi melengkapkan pembentukan itu. Enam yang lebihnya turun dan mengambil pembantu yang selebihnya di dalam langit ke dua dan langit-langit. Semuanya dikumpulkan bagi susunan kejadian ini dengan izin Yang Maha Mengetahui, Maha Bijaksana.

Bila kejadian alam jin selesai, Allah perintahkan roh daripada Alam Pemerintahan dan tiupkan kepada bentuk yang telah sedia itu dan kehidupan pun mengalir ke dalamnya. Ia pun berdiri mengucapkan puji-pujian kepada Penciptanya: ini merupakan ketentuan semulajadi yang Dia aturkan. Terkandung di dalamnya ialah kekuatan dan kebesaran yang penyebabnya tidak dikenali dan tidak ditemui kerana pada masa itu tidak ada makhluk lain yang wujud dalam alam semulajadi ini selain ia. Ia beribadat kepada Tuhannya, memperakui kekuasaan-Nya, merendah diri kepada Tuhannya yang telah mewujudkannya sebagai satu makhluk sehinggalah Adam diciptakan. Bila jin ini melihat lembaga Adam, salah seorang daripada mereka yang bernama al-Harith, dikuasai oleh kebencian kepada lembaga tersebut dan kemarahannya menyala-nyala tatkala menyaksikan lembaga Adam itu. Puaknya yang lain melihat keadaannya dan mengkeritiknya lantaran mereka melihat ia bersedih dan berdukacita di atas kejadian Adam itu. Bila kejadian Adam telah siap, al-Harith menunjukkan apa yang tersirat dalam dirinya dengan mengingkari perintah Penciptanya supaya sujud kepada Adam dan ia menjadi angkuh terhadap Adam berbangga dengan asal usulnya (daripada api yang ia rasakan lebih mulia daripada tanah). Ia gagal melihat rahsia kekuatan air yang daripadanya Allah jadikan setiap makhluk yang hidup ini, dan daripadanya juga datangnya kehidupan jin sekalipun ia tidak menyadarinya.
Penciptaan Adam dan kejadian manusia

Jika kamu terdiri daripada mereka yang tidak disingkapkan, fikirkanlah tentang firman Allah,
"dan singgahsana-Nya di atas air" (11:7).
Jadi, singgahsana dan makhluk di sekelilingnya memperolehi kehidupan melalui air.
"Tidak ada yang tidak meninggikan puji-pujian terhadap-Nya" (17:44).
Dia menggunakan yang negatif. Hanya yang hidup mengagungkan. Dala satu hadis yang baik Rasulullah s.a.w bersabda, "Malaikat berkata,'Wahai Tuhan (dalam hadis yang panjang)!adakah Engkau ciptakan sesuatu yang lebih kuat daripada api?' Dia menjawab,'Iya, air.'" Jadi, Dia jadikan air lebih kuat daripada api. Sekiranya anasir udara dalam struktur jin tidak dinyalakan oleh api, maka jin tentunya menjadi lebih kuat daripada keturunan Adam, kerana udara lebih kuat daripada air. Dalam hadis ini malaikat bertanya, "Wahai Tuhan, adakah Engkau ciptakan sesuatu yang lebih kuat daripada api?" Dia menjawab, "Ya, keturunan Adam." Allah jadikan organisma manusia lebih kuat daripada udara. Air lebih kuat daripada api, dan ia merupakan anasir utama dalam manusia sebagaimana api menjadi anasir utama dalam jin. Inilah sebabnya Allah katakan tentang syaitan,
"Sesungguhnya tipu daya syaitan itu lemah" (4:76).
Ia tidak menganggap berkekuatan terhadapnya sama sekali. Ia tidak menafikannya kepada Gobernor Mesir tatkala ia bertkata,"sesungguhnya tipu daya kamu kuat" (12:27)...

Sebab bagi yang demikian ialah organisma manusia memiliki kesesuaian untuk melahirkan sikap berhati-hati, keteguhan hati, bertafakur dan berfikir lantaran pengaruh anasir tanah dan air dalam sifat manusia. Jadi manusia memiliki akal yang lebih kerana tanah memegangnya dan menahannya sementara air menjadikannya lemah-lembut dan mudah. Jin tidak demikian. Akal jin tidak memiliki yang demikian yang boleh membuatnya berpegang kepada sesuatu sebagaimana manusia boleh lakukan. Sebab itu kita katakan, "Si anu 'ringan' akalnya dan 'malap' fikirannya" bila dia berkelakuan bodoh dan dungu! Ini merupakan sifat jin, dan dengannya jin sesat daripada jalan petunjuk kerana sifat aslinya yang dungu dan kurang kecerdasannya dalam berfikir. Jadi ia berkata, "Aku lebih mulia daripadanya" (7:12)dan menggabungkan kejahilan dan akhlak yang buruk kerana sifat dungu/kebodohannya.

Syaitan pertama dari golongan jin

Mana-mana jin yang derhaka adalah syaitan, iaitu yang tercampak jauh daripada rahmat Allah. Al-Harith adalah jin pertama yang dipanggil syaitan. Allah menghalaunya dalam keadaan putus asa, iaitu menghalaunya keluar dari rahmat-Nya dan mengharamkan rahmat ke atasnya. Daripadanya cabang-cabang syaitan muncul. Mana-mana jin yang beriman, seperti Hama ibn Alham ibn Laqis ibn Iblis, bergabung dengan jin yang beriman. Mana-mana yang tinggal dalam keingkaran adalah syaitan. Ia hanya merupakan sedikit perselisihan pendapat di kalangan ulama Syariat. Ada yang mengatakan syaitan tidak pernah tunduk, berpandukan daripada apa yang Rasulullah s.a.w katakan tentang syaitan yang menjadi sahabatnya, "Allah berikan daku kekuatan ke atasnya maka dia tunduk (aslama)." Mereka yang mentafsirkan baginda sebagai berkata "aslamu" mengambil kefahaman "Daku selamat daripadanya" dan ia tidak mempunyai jalan ke atasku. Jadi, terjemahannya berbeza. Jika ia diterjemahkan sebagai "aslama" maka ia tunduk. Ia bermakna ia tunduk walaupun ia menjadi musuh maka ia tidak menyuruhku melainkan kepada kebaikan, dipaksakan berbuat demikian oleh Allah dan sebagai perlindungan kepada Rasulullah s.a.w. Yang bertentangan berkata bahawa "aslama" bermakna bahawa ia percaya kepada Allah seperti yang tidak percaya bertukar menjadi Muslim dan beriman. Ini adalah lebih tepat dan diterima.

Iblis adalah jin celaka yang pertama

Kebanyakan orang berpendapat al-Harith adalah jin yang pertama, dan ia merupakan jin yang sama kedudukannya dengan jin-jin yang lain seperti umat manusia dengan Adam. Kami tidak berpendapat demikian. Al-Harith adalah salah satu daripada jin, tetapi yang menyamai seperti kedudukan Adam bagi umat manusia adalah jin yang lain. Inilah sebabnya Allah berfirman,
"Iblis adalah salah satu jin" (18:50),
yaitu ia adalah dalam kategori penciptaan ini. Sama juga Qabil adalah salah seorang manusia, tetapi Allah catitkannya di kalangan yang celaka. Dia adalah yang pertama dari kalangan manusia yang celaka, dan iblis adalah yang pertama yang celaka di kalangan jin. Kebanyakan seksaan bagi syaitan bangsa jin di dalam neraka ialah dengan kesejukan yang amat sangat, bukan dengan kepanasan, walaupun mereka mungkin diseksa dengan api. Kebanyakan seksaan untuk keturunan Adam ialah dengan api.

Satu hari aku berjumpa dengan seorang wali yang meracau. Dia menangis dan berkata kepada orang ramai,
"Jangan berhenti dengan perkataan-Nya, 'Aku akan penuhkan Jahannam dengan kamu'" (38:85)
dan memaksudkannya dengan iblis sahaja. Perhatikan bagaiamana Dia menyampaikan kepada kamu secara tidak langsung bila Dia berfirman, '...jahannam dengan kamu.' Iblis dijadikan daripada api maka dia kembali kepada asal usulnya - semoga Allah melaknatinya! Jika iblis diseksa dengannya, seksaan bagi periuk belangan dengan api adalah lebih lagi, maka ambillah perhatian!

Bila Jahannam disebutkan, wali ini hanya memikirkan api secara khusus, dan lupa akan kenyataan bahawa Jahannam adalah nama bagi kedua-duanya iaitu panas yang bersangatan dan sejuk yang bersangatan. Ia dipanggil jahannam kerana rupanya yang masam (jahama. Jahuma bermakna 'memiliki rupa yang hodoh') kerana rupanya yang menimbulkan rasa kebencian. Jaham adalah perkataan bagi awan yang sudahpun mencurahkan air yang dikandungnya. Hujan yang lebat merupakan rahmat Allah. Bila Allah sudah mengeluarkan hujan daripada awan, maka nama jaham digunakan baginya kerana rahmat iaitu hujan yang lebat sudah tiada lagi. Begitu juga, Allah telah menghilangkan rahmat daripada Jahannam yang dibenci menurut pandangan dan lapuran. Ia dinamakan Jahannam kerana ia terlalu dalam. Ada yang mengatakan, "sedalam Jahannam" bila menyatakan sesuatu yang sangat dalam. Kita bermohon kepada Allah Yang Maha Besar agar dikurniakan kepada kita dan sekalian orang yang beriman keselamatan daripadanya!
Mengenai masa yang ada dan masa yang ditentukan

Bila engkau pastikan bahawa bahan masa
ditentukan dan diketahui melalui ilusi,
Seumpama alam semulajadi dalam memberi kesan kuasanya
Sumber alam semulajadi dan masa adalah tidak wujud.
Perkara-perkara ditentukan dengannya, tetapi ia tidak
mmeiliki sumber yang dengannya ia diputuskan.
Akal tidak mampu menyaksikan bentuknya
kerana sebab itu, kami katakan masa adalah ilusi.
Seandainya bukan kerana 'tiada-hubungan', kewujudan Allah tidak akan jadi
ditentukan olehnya. Maka Dia meninggi di dalam hati.
Bila kamu adil dengan akar masa daripada sebelum-masa
keputusannya ialah azali, dan ia dikawal.
Seperti kekosongan yang sambungannya tidak ada kesudahan dalam
badan lain melalui ilusi dan penjelmaan dalamnya.
Kepertamaan Yang Haq dan Wujud-Nya dan kepertamaan alam maya dan wujudnya

Ketahuilah, mula-mulanya, bahawa Allah adalah Permulaan dan tiada yang lain mendahului-Nya, dan tiada apa yang bergantung kepada-Nya memiliki kepertamaan tidak juga ada sesuatu yang mempunyai sempadan yang sama dengan-Nya. Dia adalah Esa - maha suci Dia! dalam kepertamaan-Nya. Tidak ada sesuatu yang wujudnya perlu dengan dirinya sendiri melainkan Dia. Dia Kaya dengan Zat-Nya, tidak memerlukan kepada sesiapapun. Allah berfirman, "Allah itu Kaya daripada sebarang keperluan daripada sesiapa" (3:97) melalui bukti lojik dan Syariat.

Jadi wujud alam ini mestilah samada memiliki kewujudannya yang daripada Allah kepada Diri-Nya, atapun perkara tambahan yang bukan Dia kerana, seandainya itu adalah Dia, maka tidak ada tambahan. Sekiranya itu adalah Dia, ia akan menjadi perkara yang kompleks dalam dirinya dan kepertamaan akan menjadi kepunyaan perkara tambahan itu. Kami telah tetapkan bahawa tiada kepertamaan kepada apa sahaja dengan-Nya dan tidak juga sebelum-Nya.

Oleh kerana perkara tambahan itu bukan Diri-Nya, ia mestilah wujud atau tidak wujud. Adalah mustahil ia menjadi tidak wujud. Yang tidak wujud tidak dapat memiliki kesan untuk membawa kepada kewujudan dalam apa yang dinyatakan sebagai tidak wujud, iaitu alam maya. Jadi tidaklah daripada kedua-duanya itu yang lebih memiliki kesan membawa kepada kewujudan melebihi yang satu lagi kerana kedua-duanya adalah tidak wujud. Yang tidak wujud tidak memberi kesan kerana ia tidak ada.

Adalah mustahil ia menjadi wujud. Maka dalam itu ia semestinya samada menjadi wujud dengan dirinya atau tidak. Mustahil wujudnya terjadi dengan dirinya, kerana bukti sudah dinyatakan tentang mustahil di sana ada kewujudan dua yang wujudnya perlu buat diri mereka. Maka hanya tinggal kewujudannya oleh yang lain daripada dirinya, dan tidak ada makna bagi kemungkinan alam maya melainkan kewujudannya adalah oleh yang lain daripadanyha. Jadi ia adalah alam atau daripada alam.

Seandainya kewujudan alam maya ini adalah daripada Allah melalui hubungan tertentu, sekiranya bukan kerana hubungan itu, alam maya ini tidak mungkin wujud. Hubungan itu dipanggil kehendak atau kemahuan atau ilmu atau apa sahaja yang kamu suka daripada kewujudan itu pada keperluan yang harus. Jadi tanpa keraguan Yang Haq lakukan sesuatu melalui hubungan tersebut. Keperluan tidak memberi makna melainkan ini, dan ia adalah mustahil bagi Allah. Allah berfirman,
"Allah Maha Kaya, tidak memerlukan sesiapapun" (3:97).

Sekiranya dikatakan apa yang dimaksudkan dengan hubungan ini sama seperti Zat-Nya, kami katakan benda ini tidak memrlukan dirinya. Dia kaya dengan diri-Nya. Maka yang memerlukan adalah yang tidak berpunya. Semua itu bagi Allah adalah mustahil. Kami nafikan perkara tambahan. Itu memestikan bahawa kewujudan alam maya ini, oleh kerana ia wujud daripada yang selainnya, terikat dengan Keperluan kewujudan dengan Diri-Nya. Adalah mustahil sumber yang harus membri kesan kepada Keperluan kewujudan melalui Diri-Nya dengan pembawaan-kepada -kewujudan. Perkara ini hanya mampu difahami demikian.

Kehendak, kemahuan, ilmu dan kuasa-Nya adalah Zat-Nya. Allah meninggi atau melampaui dalam Zat-Nya. Sesungguhnya, Dia memiliki kesatuan yang mutlak, dan Dia yang Esa, yang Tunggal, Allah, as-Samad "yang tidak beranak" yang seharusnya menjadi yang terdahulu "tidak juga diperanakkan"yang menjadi hasil, "dan tiada sesuatu menyamai-Nya" (112:3-4), maka kewujudan alam maya oleh-Nya adalah daripada dua dasar - daripada Yang Haq dan yang bersamaan. Allah melampaui sesuatu!

Demikianlah Dia nyatakan Diri-Nya dalam Kitab-Nya apabila Rasulullah s.a.w ditanya tentang sifat Tuhannya. Kemudian Surah al-Ikhlas diturunkan dan bebaskannya daripada dipersekutukan dengan yang lain. Allah melampaui penyifatan dan gambaran yang murni itu. Tiada apa yang Dia nafikan atau isbatkan dalam surah ini tetapi pengisbatan atau penafian itu adalah apa yang sebahagian orang katakan tentang Allah.
Hubungan azali dengan Allah seperti hubungan masa dengan yang fana

Kami telah terangkan bagaimana kita wajib berkehendak kepada-Nya - dan Dia adalah allah, maha suci Dia! Kami akan perjelaskan lagi. Ketahuilah hubungan azali dengan Allah adalah umpama hubungan amsa dengan kita. Hubungan azali adalah sifat negatif tanpa sumber. Kewujudan bukan daripada hakikat ini. Jadi masa adalah kepunyaan yang harus dengan hubungan yang kewujudannya ilusi, bukan wujud, kerana dalam hal apa sahaja yang kamu boleh bahagikan, kamu boleh tanya "bila" mengenainya. Bila adalah soalan tentang masa, masa mestilah perkara yang ilusi, bukan wujud. Kerana sebab ini, Allah menunjukkan kepada Diri-Nya apabila Dia berfirman,
"dan Allah mengetahui segala perkara" (33:40) "dan kepunyaan Allah segala perintah sebelum dan selepas" (30:4).
Dalam sunnah perkataan penanya disahakan bila dia bertanya, "Di manakah Tuhan kita sebelum Dia ciptakan makhluk-Nya?" Sekiranya masa adalah perkara yang wujud dalamnya, maka Allah yang melampaui pembatasan tidak boleh dipakai kerana prinsip masa mengongkong-Nya. Maka kami perakui bahawa bentuk-bentuk ini tidak ada perkara kewujudan di bawah mereka.
Masa: mudah difahami dan terbukti

Kemudian kami katakan manusia mempunyai pendapat yang berbeza tentang ungkapan "masa" dan apa yang difahamkan dengannya dan dibuktikan dengannya. Orang yang bijaksana menggunakannya dalam perkara yang berbeza-beza. Kebanyakan mereka mengatakan ia adalah tempuh ilusi yang disilang oleh pergerakan sfera-sfera. Mutakallimun menggunakannya kepada sesuatu yang lain: perbandingan dalam-masa kepada dalam-masa mengenai sesuatu yang ditanyakan "Bila?" Orang Arab menggunakannya untuk memaksudkan malam dan siang. Ia terkeluar dari tajuk ini. Malam dan siang membahagikan hari. Daripada terbitnya matahari hingga terbenamnya dipanggil "hari siang", dan daripada terbenamnya hingga terbitnya dipanggil "malam". Sumber yang dibahagikan ini dipanggil hari. Hari yang diperkatakan ini menyatakan pergerakan yang lebih besar. Ianya hanya dalam kewujudan yang khusus kewujudan Penggerak. ia bukanlah sumber masa. Hasil daripadanya ditujukan kepada masa sebagai perkara ilusi yang tidak ada kenyataan.

Oleh kerana ini sudah dipastikan, yang mudah difahami yang ditentukan ditunjukkan oleh masa yang ada. Dengannya minggu, bulan dan tahun dinyatakan. Mereka dipanggil hari-hari dan ditentukan dengan hari kecil yang biasa yang dibahagikan kepada malam dan siang. "Masa yang ditentukan" adalah apa yang menjadi tambahan kepada hari yang kecil ini yang dengannya semua hari-hari besar ditentukan. Dikatakan, "pada hari yang ukurannya seribu tahun menurut hitungan kamu," (32:5) dan "pada hari yang ukurannya lima puluh ribu tahun hitungan kamu" (70:4).

Bagaimana hari dikira pada zaman Dajjal

Rasulullah s.a.w bersabda,
"Pada hari Dajjal, satu hari seumpama setahun, satu hari umpama satu bulan, dan satu hari umpama satu minggu, dan semua hari-harinya adalah seperti hari kamu."
Ini mungkin disebabkan oleh ketakutan yang amat sangat. Baginda membuang kesamaran secara zahir pada akhir hadis bila Aisyah berkata, "Bagaimana seseorang lakukan sembahyang pada hari itu?". Baginda s.a.w menjawab, "Seseorang itu akan tentukan". Sekiranya bukan kerana perkara itu dalam pergerakan sfera-sfera masih ada apa yang telah ada tanpa diganggu, ianya tidak sah ia ditentukan dengan jam yang melalui bentuknya orang yang berpengetahuan tentang ini bertindak dan melaluinya mereka tahu masa pada hari yang dipenuhi oleh awan bila matahari tidak terbit.

Pada permulaan kemunculan Dajjal, akan ada banyak awan dan ia akan mengikuti yang lain hingga ke tahap kewujudan siang dan malam kelihatan sama kepada pandangan mata. Itu merupakan sat daripada bentuk yang jarang berlaku akan berlaku pada masa hampit kiamat. Awan-awan yang berbondong-bondong itu akan datang di antara kita dengan langit, tetapi pergerakan langit adalah seperti biasa. Jadi pergerakan akan muncul dalam peekrjaan yang sebenar yang akan diketahui oleh mereka yang bertugas dengan ilmu mengenai kemunculan dan lakaran bintang-bintang. Dengannya mereka tentukan malam dan siang dan jam bagi sembahyang tanpa keraguan.

Jika hari itu yang satu tahun seperti satu hari, ianya tidak diwajibkan bagi kita untuk tentukan sembahyang. Kita menantikan tengahhari menurut matahari. Jika ia tidak turun, kita tidak lakukan smebahyang Zuhur. Jika matahari berhenti dan tidak turun selama dua puluh ribu tahun, Allah tidak mewajibkan kita sesuatu yang lain. Bila Pemberi peraturan perintahkan kita beribadat menurut ketentuan, kita tahu bahawa pergerakan sfera-sfera ada dalam kawasan itu dan strukturnya tidak rosak.

Satu masa (zaman fard) dan satu jauhar
Kami telah nyatakan apakah masa itu dan apakah maksud hubungan kewujudannya dan hubungan ketentuan. Di sana ada banyak hari-hari, keduadua-nya kecil dan besar. Yang paling kecil di antara mereka ialah satu masa yang berdasarkan kepadanya muncul
"setiap hari Dia di dalam urusan" (55:29).
Satu masa (zaman fard) dipanggil satu hari kerana "hal" yang diperkatakan mengenainya adalah masa yang paling kecil dan paling halus. Tidak ada sempadan bagi hari-hari yang besar yang padanya ia berhenti. Di antara mereka ialah hari pertengahan, yang pertama ialah hari biasa diketahui umum yang dibahagikan kepada jam. Jam dibahagikan kepada minit dan minit dibahagikan kepada saat dan seterusnya sehingga ke infiniti bagi sesetengah manusia. Mereka bahagikan minit kepada saat. Bila keputusan nomor-nomotr memasuki mereka, keputusannya ialah nomor itu dan nomor tidak berakhir maka pembahagian juga tiada kesudahan.

Sebahagian manusia berbicara tentang akhir dalam hal yang demikian dan melihatnya dalam hubungan nomor. Merekalah yang menyatakan masa ada sumber kewujudan. Semua yang masuk kepada kewujudan sampai kepada akhirannya tanpa keraguan lagi. Yang berlawanan dengan mereka mengatakan "yang dinomorkan" oleh kerana ia dinomorkan, tidak masuk ke dalam kewujudan maka ia tidak digambarkan sebagai pergi kepada akhiran kerana nombor tidak digambarkan sebagai berakhir. Mereka yang menafikan "zat yang satu (satu jauhar)" membawa ini sebagai hujah. Tubuh dibahagikan terus menerus dalam akal. Ianya hanya perkara yang dipertikaikan oleh mereka yang membuat spekulasi yang kurang dalam pertimbangan yang wajar dan penyelidikan dalam apa yang dibuktikan oleh ungkapan. Ianya berhubung dengan hadis yang sahih bahawa masa (dahr) adalah salah satu nama Allah. Keadaan masa yang mudah difahami sudah diketahui umum dan kami akan nyatakannya, Insya' allah, dalam buku ini. "Allah katakan yang benar dan memimpin ke jalan yang benar"

Spiritual by Kuliah Ilmu Ghaib